Thursday 1 September 2011

Kanser dan pengesanan awal

Kanser payudara dan langkah-langkah mengesan.


Penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita kanser ialah kanser payudara.
Ingati fakta ini:
Kanser payudara boleh dikesan di peringkat awal.
Semua wanita berusia lebih 20 tahun digalakkan memeriksa payudara.
Periksa payudara anda setiap bulan antara 7 hingga 10 hari selepas haid.
Periksa payudara setiap bulan pada masa yang anda tetapkan jika anda telah putus haid.
Jika anda berusia lebih 30 tahun, lawati doktor anda sekali setahun untuk diperiksa.
Kesan awal kanser payudara anda dan ini membolehkan rawatan yang berkesan dapat dilakukan tanpa membuang payudara dan anda mempunyai hidup yang berkualiti.

 

Kanser serviks boleh dikesan awal


Kanser serviks boleh sembuh jika dikesan awal dan pemberian rawatan awal.
Pembunuh kedua kanser wanita ialah barah pangkal rahim.
Kanser serviks boleh dikesan dengan
Ujian mudah PAP smear
Wanita berumur 20-65 tahun yang aktif seks atau pernah aktif seks patut membuat ujian pap smear setiap 3 tahun.
Ujian dilakukan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.
Lakukan ujian Pap smear anda di Klinik Perancang keluarga, hospital, klinik swasta atau klinik-klinik pakar sakit puan.

 

Kanser Mulut mudah dikesan sendiri


Amalan merokok,mengunyah sirih dan menyentil tembakau berkait rapat dengan kanser mulut.
Bahagian-bahagian yang terlibat seperti pipi,lidah atau gusi.
Langkah-langkah pemeriksaan sendiri kanser mulut:
Gunakan cermin atau minta bantuan kawan-kawan anda.
Lihat tanda-tanda seperti ulser tidak sembuh,gumpalan tisu dan tompok-tompok merah atau putih berkekalan selepas rawatan.
Lawati doktor gigi anda jika ulser mulut tidak sembuh secara normal dalam tempoh dua minggu.


 Tekanan darah dan coklat

Tahu kah anda coklat boleh turunkan tekanan darah tinggi?


Kajian oleh Dr Brian Buijsse dari German Institute of Human Nutrition mendapati coklat berkemungkinan boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangnya serangan sakit jantung. Kajian ini meliputi umur 35 tahun sehingga 65 tahun, berjumlah 19357 orang. Kajian dijalankan selama 10 tahun. Pengambilan coklat 7.5g/sehari mencukupi untuk tujuan ini. Dr  Brian Buijsse mendapati pengambilan coklat sebanyak 7.5g/sehari mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan strok sebanyak 39 peratus. Kumpulan penyelidik ini mengandaikan flavanol di dalam koko mempunyai kesan baik terhadap kesihatan jantung dan kawalan tekanan darah.
Walaupun begitu  dinasihatkan  pengambilan coklat mestilah tidak melebihi jumlah pengambilan nilai kalori sehari anda.

Sumber
http://www.cybermedik.com

No comments:

Post a Comment