Thursday 1 September 2011

Denggi di Malaysia

Denggi di Malaysia status terkini


Kematian denggi sehingga 17/3/2010 meningkat naik kepada 38 orang. Petikan dari Utusan Malaysia online 17/3/2010,6:54 petang melapurkan 4 kematian dari 7 hingga 13 mac. Jumlah kes menurun 3 peratus daripada 1039 miggu sebelumnya.
3 kematian di Selangor dan satu di Kelantan.
Kesemua kes ini disebabkan oleh "Sindrom kejutan denggi"
Ketua Pengarah kesihatan merumuskan denggi tidak dapat dikawal kerana:

  1. Ketidak perihatinan masyarakat setempat dikawasan "panas" tentang tempat pembiakan aedes.
  2. Orang ramai kurang berkerjasama melupuskan tempat pembiakan aedes
  3. Kelewatan menerima rawatan
  4. Kelewatan para pengamal perubatan melapurkan kes-kes denggi yang disyaki.



Denggi di Malaysia-situasi semasa

 
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA
DEMAM DENGGI DI MALAYSIA
Bagi Minggu 14/2010 (4 hingga 10 April 2010)
Bagi tempoh antara 4 hingga 10 April 2010, sejumlah 886 kes
demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara, meningkat sebanyak
63 kes (8%) berbanding dengan 823 kes pada minggu sebelumnya. 10
negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Selangor (35 kes), WP Kuala
Lumpur/Putrajaya dan Kedah masing-masing (12 kes), Perak (9 kes),
Pahang (5 kes), Perlis (4 kes), Terengganu (2 kes), manakala
N.Sembilan, Melaka dan Sabah masing-masing (1 kes)
Jumlah terkumpul kes yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 13,866
kes dengan 47 kematian berbanding 15,825 kes dengan 39 kematian
bagi tempoh yang sama tahun lepas. Walaupun kes menurun sebanyak
12%, tetapi bilangan kematian pada tahun ini meningkat sebanyak 21%.
Dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu lepas adalah dari
Perak dan Kedah, disebabkan oleh Demam Denggi Berdarah dan
komplikasi Dengue Shock Syndrome. Kedua-dua kes kematian terjadi
samada di kawasan wabak atau di kawasan yang berisiko untuk jangkitan
denggi kerana mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi iaitu
2.1%.
Sepanjang minggu lepas, terdapat 41 kawasan “hot spot” yang masih
aktif, berbanding 49 lokaliti “hot spot” pada minggu sebelumnya,
melibatkan negeri-negeri seperti Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor dan
Pahang. Daripada jumlah tersebut, 18 kawasan masih
mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi dan hanya
6 (15%) dari kawasan “hot spot” sahaja yang telah mengadakan aktiviti
gotong-royong. Ini menunjukkan masyarakat masih tidak prihatin akan
akan masalah denggi di kawasan masing-masing dan tidak mengambil
berat soal kebersihan kawasan persekitaran kediaman mereka.

 

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI


sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia,
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Bagi Minggu 18/2010 (2 hingga 8 Mei 2010)
Sepanjang minggu ke-18, iaitu bagi tempoh 2 hingga 8 Mei 2010,
sejumlah 760 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara.
Terdapat penurunan sebanyak 30 kes (4%) berbanding dengan 790 kes
pada minggu sebelumnya. Tiada kematian disebabkan denggi yang
dilaporkan pada minggu lepas berbanding 2 kematian pada minggu
sebelumnya. Lima (5) negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding
minggu sebelumnya iaitu Johor (26 kes), Sabah (19 kes), Kedah (5 kes),
Kelantan (4 kes) dan Perlis (2 kes) .
Jumlah kes terkumpul yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 17,215
kes berbanding 19,275 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas,
penurunan sebanyak 11% pada tahun ini. Bilangan kematian pada tahun
ini adalah 56 kes berbanding 48 kes pada tahun lepas, iaitu peningkatan
sebanyak 17%.
Sepanjang minggu lepas, terdapat 35 kawasan “hot spot” yang
masih aktif, berbanding 31 lokaliti “hot spot” pada minggu sebelumnya,
melibatkan negeri-negeri seperti Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor,
Pahang dan N.Sembilan. Daripada jumlah tersebut, 14
kawasan masih mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi.
Kerjasama penduduk masih tidak memuaskan dengan hanya 4 (11%)
dari kawasan “hot spot” tersebut telah mengadakan aktiviti gotong-royong.
Kementerian terus berusaha meningkatkan pengetahuan masyarakat
mengenai denggi. Pada minggu lepas, terdapat peningkatan dalam aktiviti
pendidikan kesihatan seperti edaran risalah yang meningkat sebanyak 14
% kepada 95,988 keping yang telah diedarkan, penampalan poster 94%
(1,817 keping) dan dialog bersama penduduk 68% (89 sesi) berbanding
minggu sebelumnya. Walaupun usaha-usaha mendidik masyarakat
mengenai pencegahan denggi meningkat, tetapi tindakan masyarakat masih
rendah di mana aktiviti gotong-royong menurun sebanyak 5% (19 aktiviti)
daripada minggu sebelumnya. Oleh itu, kerjasama penduduk setempat
dalam aktiviti menghapuskan tempat-tempat pembiakan dan
pembersihan kawasan masing-masing amat diperlukan.

 

Cuti Sekolah


Sempena musim cuti sekolah yang akan berlangsung pada minggu
ke 2 dan ke 3 bulan Jun, pihak sekolah dinasihatkan supaya melakukan
pemeriksaan pembiakan Aedes, terutamanya di tempat-tempat seperti
kolam hiasan, pasu bunga dan lanskap yang boleh menakungkan air.
Bagi langkah pencegahan, pihak sekolah diminta supaya memasukkan
ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) ke dalam tangki pam tandas (cistern)
dan semua mangkuk tandas yang mungkin tidak digunakan semasa cuti
persekolahan. Kebersihan persekitaran sekolah perlu dipastikan,
terutamanya dari bekas-bekas yang boleh menakungkan air seperti
bekas minuman dan makanan.
Bagi mereka yang mengalami gejala-gejala demam denggi,
hendaklah segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.
Pengesanan dan rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa dan
mencegah penderitaan akibat demam denggi. Di samping itu, pengamal
perubatan yang telah mendiagnosa kes sebagai demam denggi atau kes
yang disyaki denggi mesti melaporkan kes tersebut dalam tempoh yang
ditetapkan ke Pejabat Kesihatan berhampiran.


27/10/2010
sumber:KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia

 

DEMAM DENGGI DI MALAYSIA


Bagi Minggu 27/2010 (4 hingga 10 Julai 2010)
Dari 4hb hingga 10 Julai 2010, sejumlah 1,061 kes demam
denggi telah dilaporkan di seluruh negara, meningkat 10 kes (1%)
berbanding kes minggu sebelumnya. Pada minggu lepas, empat (4) buah
negeri telah menunjukkan peningkatan kes iaitu Sarawak (86 kes),
Kelantan (14 kes), WP Kuala Lumpur/Putrajaya (11 kes) dan Terengganu
(5 kes)Jumlah kes denggi yang dilaporkan setiap
minggu terus meningkat dan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga
kini adalah 25,301 kes.

Kematian denggi di Malaysia

Pada minggu lepas tiada kematian akibat denggi dilaporkan.
Sehingga 10 Julai 2010, jumlah terkumpul kes kematian bagi tahun 2010
ialah 81 kematian, iaitu peningkatan sebanyak 17 kes atau 26%
berbanding minggu yang sama tahun 2009 iaitu 64 kes. Tiga negeri
mencatatkan angka kematian tertinggi pada tahun 2010 ialah Selangor
(34 kematian), Sarawak (11 kematian) dan Johor (7 kematian)
Terdapat sejumlah 28 lokaliti hot spots yang dikenalpasti pada
minggu ini melibatkan kejadian 552 kes demam denggi termasuk 62 kes baru yang dilaporkan dilokaliti ini.
Sebelas (11) atau 39% daripada lokaliti hot spots ini masih mempunyai kadar pembiakan
Aedes melebihi kadar sensitif dan hanya 6 (21%) daripada
28 lokaliti hot spots dilaporkan menjalankan aktiviti gotong-royong. Selagi
terdapatnya tempat pembiakan Aedes di lokaliti ini, penularan demam
denggi akan terus berlaku dan komuniti di kawasan terbabit berisiko tinggi
untuk dijangkiti demam denggi.

 

Pemantauan pembiakan


Hasil pemantauan yang dijalankan oleh pihak Kesihatan, sejumlah
70,714 premis telah diperiksa dan 1,444 daripadanya di dapati
mempunyai pembiakan Aedes.
Lapan puluh lima peratus (85%) daripada tempat pembiakan Aedes ini ditemui diluar rumah dan
kebanyakan tempat pembiakan ini terdiri dari bekas plastik, tong plastik,
tayar, baldi dan alas pasu bunga. Kawalan demam denggi tidak akan
berjaya selagi terdapatnya tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di
persekitaran kita.

 

Komuniti dan denggi


Dengan itu, penglibatan komuniti dalam aktiviti
menghapuskan tempat pembiakan Aedes amat penting bagi mencegah
penularan demam denggi dari terus berlaku.

 

Pencegahan denggi oleh kerajaan Malaysia


Kementerian Kesihatan malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Gotong-royong
Perdana “Jom Ganyang Aedes” pada 10 Julai 2010 di Taman Damai
Mewah, Kajang, Selangor. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Y.B.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Fokus program ini
adalah untuk mengerakkan masyarakat secara optimum dalam aktiviti
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Kerjasama dari pihak
media juga amat diperlukan bagi menyalurkan maklumat kepada komuniti
agar program yang dilaksanakan di seluruh negara ini, mendapat
sambutan dan kerjasana daripada masyarakat umum.

Sumber
http://www.cybermedik.com

No comments:

Post a Comment