Thursday 8 September 2011

15 Petua hilangkan jerawat

Selamat tinggal jerawat

1.Rendam asam gelugor semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu, kemudian campurkan dengan air asam gelugor tadi. Sapukan pada muka anda. Biarkan beberapa minit. Amalkan 2 kali seminggu.

2.Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapu (tepekkan)             di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

3.Gilingkan beras dengan daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar ibu jari dan jemur sehingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.

4.Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Amalkan seberapa kerap yang boleh.

5.Gosok beberapa helai daun tanjung pada telapak tangan, kalau boelh sehingga lumat. Kemudian gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

6.Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian sapu (tepekkan) ke muka setiap malam setelah kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.

7.Belah 2 biji tomato, sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Keesokan harinya , basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

8.Rebus secekak daun inai bersama 2 cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang.

9.Picit jerawat dengan tangan yang bersih. Selepas itu sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu Insya ALLAH jerawat tidak akan tumbuh lagi.

10.Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. Biarkan selama 2 hingga 3 minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.

11.Ambil seberapa banyak kulit timun. Tumbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesam jerawat. Biarkan selama setengah jam sebelum dibersihkan dengan air suam. Amalkan setiap hari.

12.Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titik pada jerawat secara melata pada muka. Titik sebelum tidur setiap malam.

13.Campurkan susu, madu dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.

14.Tumbuk sehingga lumat daun pegaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan setiap malam sehingga kesan jerawat hilang.

15.Campurkan perahan air limau nipis dengan sedikit tepung beras. Gaulkan hingga sebatidan sapukan pada muka. Biarkan sekitar 5 hingga 10 minit dan bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu.

Selamat mencuba ...

Wan Dee Jay 2011

Wednesday 7 September 2011

Usah salahkan makanan

pix_gal0
Amalkan makan berpada, status kesihatan ketika musim perayaan

SELEPAS sebulan melatih diri berlapar dan dahaga serta mendisiplinkan tubuh kerana berpuasa, kehadiran Aidilfitri menyaksikan ramai kembali bebas mengamalkan diet asal. Malangnya, diet asal itu menjadi lebih berat apabila perut ‘dikejutkan’ dengan pelbagai hidangan sarat di rumah terbuka atau ketika mengunjungi rumah sanak saudara, termasuklah pada hari ini.
Aktiviti menziarahi sanak saudara juga bermakna setiap kali mereka akan makan dan minum menyebabkan jumlah pengambilan makanan seharian berganda. Selain juadah yang mewah minyak dan lemak, minumannya pula terlebih manis dalam bentuk air berkarbonat.
Lalu timbul persoalan - bagaimana mahu mendapatkan makanan ‘baik’ atau berkhasiat dan mengelak makanan tidak baik atau berisiko. Hakikatnya, aspek pemakanan sedemikian terlalu subjektif untuk dibincangkan kerana berkait rapat dengan persepsi. Ia perlu dilihat dari beberapa sudut seperti kesannya terhadap individu normal yang sihat, yang berpenyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi, kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu mengandung (kelompok dengan hal kesihatan yang berbangkit).

Bagi mereka yang berpenyakit dan wanita mengandung, diet mereka tertakluk kepada makanan yang mengandungi keseimbangan nutrisi, vitamin dan mineral selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan. Bila tiba Aidilfitri, mereka perlu mengubahsuai pengambilan makanan mengikut keperluan dan bukannya perasaan.

Menurut Perunding Saringan dan Kecemasan, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Abu Hassan Samad, agak malang kerana kebanyakannya tidak kembali kepada diet yang normal kerana bermulanya fasa menjamu selera ketika berkunjung ke rumah sanak saudara tidak ketinggalan diteruskan dengan tradisi majlis rumah terbuka sepanjang Syawal.

“Aktiviti menziarahi sanak saudara juga bermakna setiap kali mereka akan makan dan minum menyebabkan jumlah pengambilan makanan seharian berganda. Tidak hairanlah ramai yang gagal menurunkan berat badan malah semakin meningkat selepas berpuasa dan minggu pertama Aidilfitri.”
Dari segi teknikalnya, berat badan sepatutnya berkurangan, tetapi dengan pilihan pelbagai makanan di bazar Ramadan, bufet berbuka puasa di hotel tidak ketinggalan mengambil makan lewat malam, Ramadan dan Aidilfitri menjadi cabaran kepada golongan ini.

Apa yang boleh dilakukan tanpa membelakangkan budaya kunjung mengunjung sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah yang terhidang adalah dengan mengekalkan garis panduan asas iaitu pengambilan karbohidrat yang kerap namun berpada dan bersamaan dengan jumlah pengambilan karbohidrat sehari.

Elakkan sikap pantang jumpa dan suka mencuba makanan baru. Selagi anda berdisiplin dan mengikuti garis panduan dan prinsip asas ini, kesejahteraan diri pasti akan dicapai. Bagi pesakit yang mengambil ubat kencing manis, darah tinggi atau kolesterol, mereka boleh mengubahsuai ubatan mengikut diet yang sesuai.

Paling utama, amalkan disiplin diri. Jangan makan terlalu banyak dan beringat sebelum kena. Tidak salah untuk menjamu selera pada hari raya, tetapi hadkan pada hari pertama saja. Janganlah pula amalan itu berterusan selama sebulan. Masuk hari kedua, buatlah pengubahsuaian terutama pesakit yang mengambil insulin dan perlu menjaga kadar gula dalam darah.

Tiada istilah makanan baik dan tidak baik kerana hakikatnya makanan hadir sebagai sumber nutrisi kepada manusia. Apa yang berlaku adalah, setengah makanan membekalkan lebih nutrisi, mineral dan vitamin serta manfaat dari segi kesihatan berbanding makanan lain. Ini termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan juga daging. Makanan yang diproses tidak begitu baik untuk anda memandangkan ia mengandungi lemak, dan biasanya sedikit saja nutrisi berbanding makanan dalam keadaan semula jadi.

“Memandangkan ada makanan yang banyak lemak, protin, vitamin jadi prinsip terbaik adalah menggunakan kebijaksanaan untuk mendapatkan diet yang seimbang dan memadai untuk keperluan tubuh. Keperluan lelaki dewasa tidak akan sama dengan seorang kanak-kanak yang sedang membesar. Biarpun dengan pengambilan karbohidrat dan protin yang banyak tidak akan memudaratkan anak-anak ini kerana mereka kekal aktif.

Sementara orang dewasa perlu mengubahsuai jumlah dan jenis makanan dengan keperluan tubuh lebih-lebih lagi mereka yang tidak aktif dan tidak bersenam. Elakkan memakan banyak makanan berlemak dan tinggi karbohidrat.

Apa yang membuatkan makanan mendapat persepsi buruk adalah kerana amalan gaya hidup manusia itu sendiri. Kita memilih makanan yang tidak sesuai dan berpadanan dengan keperluan tubuh sedangkan kesihatan dan kesejahteraan bergantung sepenuhnya kepada nutrisi, vitamin dan mineral. Jangan sesekali menyalahkan makanan yang terhidang kerana ia wujud atas alasan yang baik dan betul.

Info

Tip diet lebaran



  • Kekalkan pengambilan karbohidrat kerap tapi berpada.

  • Elakkan sikap pantang jumpa dan suka mencuba makanan baru.

  • Pesakit yang mengambil ubat kencing manis, darah tinggi atau kolesterol, boleh mengubahsuai ubatan mengikut diet yang sesuai.

  • Paling utama, amalkan disiplin diri. Tidak salah untuk menjamu selera pada hari raya, tetapi hadkan pada hari pertama saja. Janganlah pula amalan itu berterusan selama sebulan.

  • Masuk hari kedua, buatlah pengubahsuaian terutama pesakit yang mengambil insulin dan perlu menjaga kadar gula dalam darah.

  • Elakkan memakan banyak makanan berlemak dan tinggi karbohidrat.


    Kurang gula, garam, minyak

    Gula sebenarnya boleh wujud secara semula jadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minuman ringan, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional).

    Mengurangkan gula

    Perlu diingat, pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula semula jadi atau gula tersembunyi. Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.

    Mengurangkan garam

    Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan membahayakan kesihatan. Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan. Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

    Mengurangkan minyak

    Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang sedangkan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit. Untuk rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.

    Melebihkan buah-buahan

    Makanan ini sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Apa kata, gunakan buah-buahan untuk dijadikan pengganti pemanis mulut. Buah-buahan pelbagai rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Lebih menarik, ia kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.

    Melebihkan sayur-sayuran

    Selain hidangan daging dan ayam, sayur-sayuran yang kaya serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah. Ini kerana kandungannya itu amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah. Sehubungan itu, hidangan sayur-sayuran amat penting semasa menikmati juadah lebaran kerana dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam. Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah utama.     



  • Sumber: Kementerian Kesihatan 

    Sumber
    Suzan Ahmad
    suzan@bharian.com.my

    Saringan kesihatan elak penyakit kronik


    Dr. Haniza Abdul Jalil menyarankan agar saringan kesihatan dibuat secara berkala.


    SARINGAN kesihatan adalah kaedah perubatan pencegahan terkini yang menjadi perhatian kebanyakan masyarakat global.
    Ia bertujuan untuk mengesan penyakit lebih awal dan mendapatkan rawatan yang sesuai di peringkat awal sebelum ia menjadi kronik.
    Sekarang ini, masyarakat bukan lagi menunggu datangnya penyakit untuk mencari rawatan. Malah sebelum timbulnya simptom saringan kesihatan mampu memberi maklumat sebelum terbentuknya penyakit tersebut.
    Oleh itu, saringan kesihatan amat penting kerana lebih awal kita mendapat diagnosis yang tepat, maka lebih berjaya untuk menangani sesuatu penyakit itu sebaik mungkin.
    Sebagai contoh, serangan jantung merupakan penyakit yang makin menular dalam masyarakat.
    Sebanyak 50 peratus kes penyakit jantung hanya diketahui setelah mendapat serangan yang pertama dan seterusnya menyebabkan kematian mengejut akibat kegagalan fungsi jantung.
    Situasi itu dapat dicegah sekiranya pesakit melakukan saringan kesihatan yang lebih awal.
    Menurut Pakar Radiologi, Pusat Perubatan Iheal, Kuala Lumpur, Dr. Haniza Abdul Jalil, saringan kesihatan membolehkan seseorang itu mencegah penyakit kronik lebih awal.
    Dari situ mereka boleh mendapatkan rawatan yang sesuai di peringkat awal sebelum ia menjadi kronik dan menyebabkan kematian.
    Tambah beliau, saringan kesihatan lengkap terdiri daripada pelbagai aspek dengan pemeriksaan klinikal oleh pakar perubatan.
    Ujian-ujian yang asas termasuk ujian darah dan parameter-parameter yang tertentu seperti tahap gula/kolesterol, tekanan darah, ECG dan lain-lain.
    "Masa kini, terdapat banyak pakej-pakej saringan kesihatan yang menyeluruh dengan melaksanakan ujian-ujian tertentu termasuk pengimejan diagnostik.
    "Pengimejan diagnostik merangkumi imbasan seperti x-ray, mesin ultrasound, mamogram, pengimbas CT serta MRI.
    "Ia adalah langkah yang tidak bahaya cuma menggunakan imej imbasan untuk mengetahui apakah penyakit dalaman tanpa membedah buka badan seseorang," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
    Katanya, secara tidak langsung ia merupakan satu cara di mana saringan kesihatan mampu memberi maklumat mengenai dalaman seseorang itu.
    Berbicara lanjut mengenai saringan kesihatan, menurut Dr. Haniza, kini di Pusat Perubatan Iheal, mereka menggunakan mesin pengimbas CT yang terkini iaitu pengimbas CT 640 hirisan untuk imbasan spesifik mengikut penyakit setiap pesakit.
    Mesin ini merupakan yang pertama dan satu-satunya seumpamanya di Malaysia dan ia berupaya memberi imbasan yang tepat, tangkas dan mengurangkan dos dedahan radiasi ke aras yang minimum.
    Kelebihan itu tidak dapat ditandingi oleh mesin pengimbas CT yang lain.
    Ulas Dr. Haniza, mesin tersebut setanding dengan yang terdapat di negara-negara maju dan kini rakyat Malaysia juga boleh mendapatkan diagnosis dengan dos sinaran yang rendah.
    Apabila bercakap mengenai imbasan CT, umum pastinya takut terdedah dengan radiasi.
    Bagaimanapun, jelas Dr. Haniza, pengimbas CT 640 membolehkan dos radiasi menjadi amat rendah apabila imbasan dilakukan dengan cukup pantas, secepat 1/3 saat.
    Ini bermakna dalam sekelip mata imbasan itu siap. Dengan kepantasan itu pendedahan pada radiasi amat singkat dan dos radiasi juga menjadi amat rendah.
    Selain itu menurut, Dr. Haniza, CT640 berupaya mengimbas dalam satu putaran dan dapat memberi satu gambaran sesuatu organ dengan jelas dan amat tepat.
    "Contohnya, CT koronari arteri di mana saluran darah kepada jantung dapat dianalisis dengan dos serendah 1-2 msv sahaja. Pesakit jantung berupaya mendapatkan diagnosis yang tepat dan pesakit juga didaftar sebagai pesakit luar tanpa perlu dimasukan ke hospital dan tidak invasif.
    "Keputusan ujian akan terus diberi kepada pesakit pada hari yang sama. Selain untuk saringan jantung, mesin ini mempunyai keupayaan untuk melihat perfusi otak yang merangkumi keseluruhan otak dalam satu ujian.
    "Dengan mesin pengimbas CT 640 ini, kesemua ujian seperti CT arteri otak, CT vena otak dan CT perfusi otak dapat dilaksanakan serentak dengan dos radiasi yang rendah dan inilah kelebihan lain yang terdapat pada mesin pengimbas ini,'' katanya.
    Sebilangan masyarakat hari ini akan bertanya, adakah radiasi boleh menyebabkan kanser?
    Jelas Dr. Haniza, dos radiasi yang rendah yang digunakan dalam pengimejan diagnostik adalah amat rendah untuk dikaitkan dengan risiko kanser.
    Malah katanya, jika dibandingkan dengan risiko-risiko relatif, penghisap rokok mempunyai risiko kanser yang jauh lebih tinggi.
    Dengan itu harus sedar ketakutan terhadap radiasi dibandingkan dengan faedah mengetahui diagnosis yang mampu mencegah penyakit merupakan perspektif yang harus diatasi.
    Dr. Haniza turut merumuskan, saringan kesihatan yang dilaksanakan dengan dos sinaran paling rendah lebih mendatangkan faedah kerana ia dapat mengesan penyakit lebih awal dan dapat diberi rawatan sebelum ia terlewat.

    Sumber
    MARIATUL QATIAH ZAKARIA
    maria.zakaria@utusan.com.my
    Gambar JEFRI IRAN

    Tuesday 6 September 2011

    Menghaluskan kulit

    9  petua menghaluskan kulit wajah anda.

    1.Campurkan 2 sudu madu dengan putih telur. Sapukan pada muka dan biarkan sehingga kering. Setelah itu cuci dengan air suam dan lap kan dengan tuala bersih.

    2.Campurkan kuning telur dan minyak zaitun. Biarkan kira-kira 3 jam di kulit muka. Bersihkan dengan air suam. Setelah itu sapukan muka anda dengan ketulan ais perlahan-lahan. Jadikan petua ini sebagai amalan harian anda.

    3.Bancuh 3 sudu tepung beras dengan air suam tapi jangan terlalu pekat. Sapukan ke muka dan biarkan sehingga kering. Bilas menggunakan air yang bersih.

    4.Jemur 2 genggam pulut hitam. Kemudian kisarkan sehingga menjadi tepung. Campurkan bahan tadi dengan kuning telur dan perahkan sebiji limau nipis. Sapukan ke bahagian muka. Pastikan tidak terkena mata anda. Biarkan kering dan bilaskan dengan air bersih.

    5.Dapatkan nestum segera yang mempunyai campuran susu dan madu. Bancuhkan dengan sedikit air sehingga pekat. Sapukan pada muka sebagai masker. Setelah kering bilas dengan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.

    6.Kupas sebiji kentang dan cuci sehingga bersih. Hiriskan kentang dan tekapkan pada muka anda. Biarkan sehingga kering. Elok di amalkan pada waktu malam. Amat berkesan untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah yang suram.

    7.Rendam 3 genggam kacang soya sehingga kembang. Kisarkan dengan air yang tidak terlalu banyak supaya pekat. Gunakan sebagai masker. Setelah kering bilas dengan air bersih.

    8.Sapukan lendir yang terdapat di dalam buah tomato. Setelah kering wapkan muka anda dengan air panas lebih kurang 5 minit. Selepas itu cuci muka dengan air yang bersih.

    9.Ambil 1 genggam beras pulut dan digoreng tanpa minyak. Kisarkan beras pulut dan campurkan perahan air limau nipis dan asam jawa. Setelah kembang sapukan pada kulit muka dan biarkan kering. kemudian basuh dengan air yang bersih.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Wajah bersih berseri

    1.Cuci muka dengan air basuhan beras. Lakukan setiap hari. Kulit muka akan bertambah cerah dan lembut.

    2.Kupas sebiji kentang. Cuci dan kisar hingga halus. Campurkan dengan sedikit susu tepung dan gaulkan untuk di jadikan sebagai masker. Sapukan pada muka 2 kali sehari pagi dan malam selama 15 minit. Bilaskan dengan air suam dan selepas itu baru di cuci dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.

    3.Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu air nasi (kelihatan pekat). Sapukan pada muka dan leher ketiak masih suam. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

    4.Kisarkan ubi sengkuang sehingga lumat dan sapukan ke muka. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Pipi bak pauh dilayang

    1.Ambil segenggam bedak sejuk, sedikit lendir daun lidah buaya, sebijii putih telur dan air rebusan ibu kunyit hidup. Gaul sehingga sebati dan sapukan pada wajah sebelum tidur. Selepas 30 minit cuci dengan air suam. Lakukan setiap malam.

    2.Campurkan 2 sudu madu dengan sebiji telur putih. Kemudian sapukan pada muka dan biarkan sehingga kering. Selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Melicinkan kulit muka

    Ada 13 petua warisan untuk anda yang ingin mencuba melicinkan kulit muka anda. Semoga petua ini memberikan hasil terbaik untuk anda Insya ALLAH...

    1.Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokanya bersihkan muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

    2.Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Setelah itu cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.

    3.Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 miniit sebelum dicuci dengan air suam.

    4.Kupas sebiji ubi sengkuang dan kisar bersama kunyit hidup dan beras yang telah direndam selama 2 hari. Sapukan pada muka setiap hari.

    5.Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum airnya setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka terasa licin.

    6.Stiap kali mandi pagi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap malam atau pagi. Lihatlah perubahannya.

    7.Sapukan sebiji telur putih ke bahagian muka. Biarkan sehingga kering. Anda tidak di galakkan bercakap. Selepas itu bersihkan muka anda dengan air suam. Amalkan setiap malam sebelum tidur dan lihatlah hasilnya.

    8.Ambil nasi yang sedang dimasak. Lebih baik ambil buihnya. Sapukan pada mukadan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

    9.Parut sebiji tomato yang cukup masak. Gosok pada wajah dan leher perlahan-lahan. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan selama 20 minit. Selepas itu, cuci muka dengan air suam. Lakukan setiap hari.

    10.Rendamkan segenggam kacang hijau semalaman. Jemurkan di bawah cahaya matahari keesokan harinya. Apabila kering maka kacang hijau tadi di tumbuk sehingga menjadi tepung. Campur dengan sedikit air dan gaulkan seperti membuat bedak sejuk. Amalkan setiap malam sebelum tidur. Bilas dengan air suam keesokan harinya.

    11.Sebiji kentang dikupas kulitnya. Kemudian isi kentang dihiris senipis mungkin. Tampal hirisan kentang tadi ke seluruh muka dan biarkan sehingga kering. Boleh juga di amalkan sebelum tidur. Amalkan setiap 2 kali seminggu. Muka akan kelihatan licin dan jeragat akan beransur hilang.

    12.Basuh sedikit beras dan gorengkan tanpa minyak. Kemudian kisar beras yang digoreng tadi sehingga halus. Campurkan putih telur dan sapukan pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air yang bersih.

    13.Terung muda dibelah 2 dan permukaan yang dipotong hendaklah digosokkan ke bahagian pipi dan dahi anda. Setelah habis digunakan, Potonglah bahagian itu dan gunakan pula lapisan yang baru. Lakukan petua ini beberapa kali seminggu.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Membersihkan kulit muka

    Rendam semangkuk beras semalaman. Kisar sehingga halus bersama dengan putih telur dan juga buih nasi yang sedang dimasak. Gaulkan dan gosok pada muka sebelum mandi atau pun sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Monday 5 September 2011

    Pelembab muka semulajadi

    1.Bersihkan muka dengan air suam dan keringkan. Setelah itu cuci dengan air kelapa dan biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

    2.Kisarkan kubis sehingga hancur dan perahkan airnya serta campurkan dengan madu lebah. Kemudian campuran ini di sapukan ke muka anda. Setalah kering bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Memerahkan pipi

    Sapukan hampas teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan beberapa minit, kemudian bilaskan muka anda dengan air yang bersih.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Masker buatan sendiri

    1.Campurkan sedikit susu tepung dengan perahan air limau nipis. Sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan sehingga kering. Sebelum mencuci wajah, oleskan secara melingkar agar kotoran hilang. Selain dapat menghalus dan melembabkan kulit wajah, cara ini juga dapat menghalang jerawat jika di amalkan seminggu sekali.

    2.Kisarkan setengah biji betik yang masak bersama sesudu madu lebah. Campurkan bahan tadi dengan sedikit bedak sejuk atau yogurt. Sapukan di muka sehingga rata dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam. Amalkan selaluuntuk hasil yang lebih baik.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Menggebukan wajah

    1. Beras pulut digoreng tanpa minyak hingga kuning.Kisar hingga halus. Campur beras kisar tadi bersama madu dan air perahan limau. Gaulkan sehingga sebati. Sebelum mengoles campuran ini ke wajah pastikan muka anda di cuci terlebih dahulu untuk melembabkan kulit anda. Biarkan campuran ini selama 15 minit sebelum muka anda di cuci sekali lagi dengan air suam. Lakukan seminggu sekali.

    2.Parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudia gosok perlahan-lahan pada wajah  dana leher anda. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Gelatin pada tomato juga mampu untuk menghilangkan kesan parut pada wajah anda.

    3. Ambil segelas susu segar, sapukan pada muka anda dan gosok-gosok sehingga rata. biarkan kering sebelum anda membilas dengan menggunakan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Menyejukkan kulit muka

    1. Parutkan sebiji timun sehingga halus. Campurkan sedikit tepung jagung. Gaulkan sehingga sebati dan jadikan sebagai masker. Lumurkan pada muka dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan menggunakan air suam hingga betul-betul bersih. Lakukan seminggu sekali.

    2.Tepekkan parutan lobak merah atau sengkuang ke muka dan biarkan selama 10 minit. Kemudian cuci dengan air suam.

    3.Tumbuk halus ibu kunyit kira-kira 2 inci dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan ke muka setiap pagi.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Saturday 3 September 2011

    Makan secara berhemah




    SEBULAN berpuasa tidak patut dijadikan ‘tiket’ untuk kita menikmati apa saja menjelang Hari Raya. Apatah lagi dengan trend penganjuran rumah terbuka sepanjang Syawal.
    Pasti kecur liur dibuatnya dengan segala jenis hidangan yang tersedia di depan mata.
    Mungkin ada yang menganggapnya sebagai pesta menjamu selera. Namun kita sepatutnya lebih bertanggung-jawab terhadap kesihatan sendiri.
    “Saya setuju kalau dikatakan rumah terbuka ibarat ‘perangkap’ kalori kepada tetamunya. Malah bukan saja pada bulan Syawal atau perayaan, ia termasuk ketika musim cuti sekolah, ketika kita berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan, kita biasanya terlupa dengan pengambilan makanan secara berlebihan,” kata Dr. Barakatun Nisak.
    Beliau yang mesra disapa sebagai Dr. Nisak berkata, setiap kali berkumpul, kita pastinya tidak mengambil berat tentang makanan yang diambil dan secara tidak sedar makan lebih daripada yang sepatutnya.
    Tambahan pula kebanyakan hidangan tradisi masyarakat kita terdiri daripada makanan yang tinggi kalori atau dalam bahasa saintifiknya makanan yang padat dengan tenaga (energy dense food). Semua itu kata beliau, menjadikan pengambilan makanan cukup mencabar buat semua terutama sekali mereka yang berpenyakit dan ingin menurunkan berat badan. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan hidangan yang diambil.
    “Cuba bayangkan tiga keping dodol (sebesar syiling lima puluh sen) mengandungi 200 kalori. Ini bersamaan dengan satu setengah cawan nasi putih atau tiga keping roti putih. Itu belum lagi dikira dengan hidangan lain,” katanya.
    Menurutnya, jika dilihat menu makanan tradisi kita seperti lemang, ketupat palas, rendang dan lontong, kebanyakannya menggunakan santan dan juga pulut yang dikelaskan sebagai makanan padat tenaga. Tiga keping lemang misalnya, mengandungi lebih kurang 400 kalori.
    Begitu juga dengan kek dan biskut yang diperbuat daripada marjerin dan mentega yang dikenalpasti mengandungi kandungan kolesterol tinggi. Menurut beliau, sekeping biskut bersamaan dengan 20 hingga 30 kalori dan biasanya kita tidak makan biskut dengan sedikit.
    Selain kolesterol, biskut dan kek yang diperbuat daripada mentega berasaskan sayuran (kecuali sumber kelapa sawit kerana ia lebih stabil) juga katanya lebih berbahaya kerana ia mengandungi asid lemak trans.
    “Asid lemak trans tidak mudah dihapuskan seperti kolesterol yang boleh dikurangkan dengan bersenam dan penjagaan makanan,” katanya.
    Penurunan berat badan
    Menurutnya, setelah berpuasa selama sebulan kita tak patut mengamalkan makan apa saja kerana penurunan berat badan pada bulan tersebut sebenarnya bukan sesuatu yang jitu.
    “Memang kita biasanya turun berat sekitar dua atau tiga kilogram. Sebenarnya itu belum mencukupi buat mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana ia hanya sekadar kehilangan air dari dalam tubuh,” katanya.
    Ini kata beliau berikutan 70 peratus komposisi dalam tubuh terdiri daripada air dan beliau menyarankan seseorang itu patut menurunkan berat badan antara tujuh hingga 10 kilogram seandainya bertekad mengurangkan berat.
    Malah ada juga katanya yang menambah berat badan atau tiada perubahan langsung ketika berpuasa kerana makan seperti biasa dan tidak bersenam.
    Kata Dr. Nisak, dalam satu kajian yang dilakukan di negara Asia Barat, berpuasa sebenarnya tidak memberi kesan pada komposisi tubuh langsung.
    “Ada orang berat badannya kekal kerana kalau kita kaji, ketika berpuasa kita hanya merehatkan perut sekitar sembilan jam. Sebenarnya kita tetap makan seperti biasa kerana sahur boleh diibaratkan seperti sarapan, berbuka pula makan malam manakala bagi sesetengah orang, mereka makan lewat malam lagi,” katanya.
    Tambahan pula bulan puasa biasanya aktiviti senaman dikurangkan atau tidak dijalankan langsung. Ketika berpuasa, tahap metabolisma badan juga menjadi perlahan. Dengan makan yang banyak dimalam hari, akan menjadikan bulan puasa adalah waktu 'terbaik' mereka mengumpul lemak-lemak dalam tubuh. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan pada tahun 2006, 60.1 peratus rakyat Malaysia langsung tidak mengamalkan cara hidup yang aktif.
    Pengumpulan lemak pada perut ini kata Dr. Nisak akhirnya mengundang penyakit kronik seperti diabetis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi.
    Kawal
    Bagi Dr. Nisak, tetamu dan tuan rumah berperanan dalam menjaga pengambilan makanan ketika rumah terbuka.
    Dari segi individu, mereka perlu memikirkan kesan jangka pendek dan panjang jika mengambil makanan secara berlebihan.
    “Kesan jangka pendek adalah masalah yang akan berlaku pada perut kerana kita sudah berpuasa selama sebulan lamanya. Antaranya menyebabkan perut mengalami kembung, sakit sehingga mengalami cirit-birit,” kata beliau.
    Dari segi kesan jangka panjang pula katanya ia boleh menyebabkan kegemukan yang mengundang pelbagai jenis penyakit jika tidak dikawal dari mula.
    Perkara itu katanya tidak terjadi dalam masa pendek, ia memakan masa bertahun kerana secara purata, berat badan individu akan meningkat antara dua hingga tiga kilo setiap tahun manakala kadar metabolisme pula semakin menurun.
    Beliau turut menasihatkan tetamu makan terlebih dahulu sebelum mengunjungi rumah terbuka bagi mengelakkan perasaan lapar yang menyebabkan kita mengambil makanan secara berlebihan.
    “Sekurang-kurangnya alas perut sedikit dahulu. Cuba bayangkan kita pergi membeli juadah berbuka ketika masih berpuasa, memang kita teringin membeli pelbagai jenis makanan bukan? Namun bila berbuka nanti, kita tak mampu menghabiskannya,” kata beliau.
    Dalam pada itu Dr. Nisak berkata, penganjur atau tuan rumah juga memainkan peranan penting bagi memastikan tetamu menikmati makanan yang menyihatkan dan berkhasiat.
    Menurutnya, tuan rumah patut menyediakan makanan mengambil kira pendekatan 5M yang disarankan Kementerian Kesihatan iaitu mengurangkan gula, mengurangkan garam, mengurangkan lemak dan minyak, melebihkan sayur-sayuran dan melebihkan buah-buahan.
    Katanya, tuan rumah patut menyediakan pilihan kepada kepada tetamu dengan menyajikan makanan berkhasiat dan kaya nutrien.
    “Mungkin kita boleh gantikan santan dengan susu rendah lemak atau sediakan hanya satu makanan bergoreng manakala selebihnya kepada jenis panggang, berkuah atau sup. Selain itu tuan rumah juga boleh menggantikan kerepek dan biskut dengan melebihkan hidangan buah atau salad,” katanya.
    Begitu juga dengan air yang dihidangkan, beliau berkata sepatutnya tuan rumah menyediakan pilihan air kosong bersama kordial. Atau pun menghidangkan minuman panas seperti teh atau kopi tanpa gula.
    “Sediakan gula di dalam bekas supaya tetamu boleh tentukan sendiri rasa manis yang mereka perlukan. Cara ini lebih sesuai terutama untuk tetamu yang berpenyakit dan perlu kawal jumlah pengambilan gula mereka,” katanya.
    Bagi Dr. Nisak, peranan tuan rumah sangat penting dalam memastikan hidangan sihat kerana sebagai tetamu mereka perlu menjamah hidangan yang tersedia demi menjaga hati orang yang menjemput.
    “Sepatutnya makna rumah terbuka itu saling mengunjungi dan beramah mesra, bukannya dijadikan waktu untuk menjamu selera tanpa memikirkan kesannya,” kata beliau lagi.

    Sumber
    Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
    bintu.rahman@utusan.com.my
    Foto ABDUL NAZIR MOHAMED

    Pembendungan air punca obes?


    Pembendungan air menjadi salah satu faktor seseorang itu sukar menurunkan berat badan. - Gambar hiasan


    KALAU waktu haid saya rasa badan seolah olah mengembang saja. Baju menjadi ketat dan kaki seakan akan membengkak. Bila saya timbang berat naik meski pun saya mengamalkan diet yang ketat.
    ‘‘Benarkah air boleh bertakung dalam badan kita? Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan masalah ini,’’ tanya Shima.
    Pembendungan air di dalam badan merupakan masalah yang dipengaruhi oleh hormon kita. Maka tidak hairanlah kaum wanita lebih terdedah kepada gejala ini berbanding lelaki. Ini kerana wanita mempunyai hormon yang lebih banyak dan lebih sensitif kepada kandungan air. Ia juga mudah menyerang mereka yang mengalami obesiti. Ini kerana mereka yang obes sememangnya mempunyai kadar hormon tidak seimbang dan obesiti akan merosakkan hormon di dalam tubuh.
    Dari manakah air ini muncul dan bagaimanakah terjadi begini?
    Water retention atau pembendungan air di dalam badan merujuk kepada masalah pengumpulan cecair yang terlampau di dalam saluran darah dan di dalam tisu pada tubuh.
    Sebanyak 90 peratus air dalam tubuh berada di dalam salur darah manakala 10 peratus lagi di dalam tisu tubuh. Air membentuk darah kita menjadi medium di mana oksigen dan zat makanan larut di dalamnya. Oksigen dan zat makanan kemudiannya dibawa ke seluruh tubuh dan diambil oleh kelenjar, tulang dan otot kita.
    Air diregulasikan oleh hormon bernama prostaglandin yang kehadirannya banyak pengaruh kepada buah pinggang. Air diserap semula jika tubuh kekurangan air dan jika berlebihan pula air dibuang menjadi air kencing.
    Hormon yang mempengaruhi kehadiran air dalam sel ialah progesteron, tiroid, kortisol dan insulin. Jika di perhatikan hormon ini juga banyak terlibat dan dikatakan penyebab masalah obesiti.
    Di dalam tubuh mereka yang obes adakalanya mekanisme kawalan air menjadi rosak dan mereka mudah menjadi sembap.
    bengkak
    Kelebihan progesterone biasanya menyebabkan air berkumpul pada sel sel perut dan buah dada. Payu dara terasa bengkak dan sakit. Selain itu air juga boleh berkumpul pada perut dan lama kelamaan perut membesar menjadi buncit seperti wanita hamil. Ini kerana hormon tersebut terlibat secara langsung dalam kehamilan.
    Masalah kekurangan hormon tiroid menyebabkan pegangan air pada muka leher dan belakang tubuh. Sel-sel akan dipenuhi oleh cecair melekit yang menyerupai hyaluronik asid. Selain itu pengidap juga akan mudah keletihan dan cepat dilanda stres. Oleh kerana kekurangan tiroid boleh merosakkan fungsi jantung, maka biasanya pengidap akan berasa kurang senang dengan jantung yang berdebar-debar. Keadaan ini dinamakan myexedema.
    Kelebihan kortisol juga menyebabkan air berkumpul di dalam sel menjadikan sel lemak terutamanya akan bengkak. Belakang leher akan membonjol dan ini dinamakan sebagai buffalo hump. Muka juga kelihatan bengkak dan bulat dan ini dinamakan moon face dalam bahasa perubatan. Kortisol seterusnya akan menurunkan paras insulin menjadikan seseorang mempunyai paras gula yang tinggi.
    Insulin merupakan hormon yang paling banyak dikaitkan dengan obesiti. Kajian terkini menunjukkan adalah benar insulin yang tinggi membuatkan kita semakin gemuk kerana insulin menggalakkan pengumpulan lemak terutamanya pada perut dan merosakkan hormon yang lain secara tidak langsung mencetuskan pembendungan air.
    Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung pembendungan air dalam tubuh membuatkan kaki menjadi bengkak dan nafas menjadi semput sekiranya air mula berkumpul di paru paru. Keadaan ini memerlukan rawatan spesifik dan ubat-ubatan perlu sentiasa diambil.
    Satu lagi organ tubuh yang memantau air di dalam tubuh ialah buah pinggang. Kerosakannya turut menjadikan air berkumpul terlalu banyak dalam tubuh. Keadaan ini berbahaya kerana kekotoran tidak dapat dikeluarkan dari darah menyebabkan sisa toksik berkumpul dalam badan.
    tekanan
    Sebab lain menimbulkan masalah pembendungan air sebegini ialah apabila seseorang mengalami kekurangan protein darah yang serius. Kekurangan seperti ini menyebabkan tekanan osmosis kurang dan air mula bergerak ke sel-sel menghasilkan keadaan tubuh yang sembab. Kerosakan hati boleh menimbulkan keadaan sebegini kerana hati merupakan organ yang mensistesiskan protein kita. Kerosakan hati membuatkan protein darah menjadi kurang.
    Satu sebab menarik yang membuatkan perut menjadi buncit ialah kehadiran histamine. Histamine merupakan bahan yang terhasil apabila berlakunya radang pada perut. Makanan yang tidak sesuai, kehadiran parasit mungkin mengundang penghasilan histamine. Apabila histamine keluar sel-sel menjadi kembang dan perut menjadi buncit.
    Rawatan yang terbaik adalah dengan mengenal pasti punca berlakunya pembendungan air dalam tubuh anda dan merawat punca tersebut.
    Bersenam, mengamalkan diet yang betul dan meningkatkan meningkatkan metabolik akan membantu mengatasi masalah ini dan menjurus ke arah kehidupan yang lebih sihat dan gembira.

    Sumber
    Arkib
    Sumber Utusan Malaysia 2011

    Pengawalan kolesterol


    sayur-sayuran antara pilihan makanan sihat.


    SAYA membuat pemeriksaan kolesterol lebih kurang dua bulan yang lalu dan bacaan kolesterol total saya adalah 6.35 mmol/L dan dikatakan berada pada tahap tinggi.
    Sebolehnya, saya ingin mencuba vitamin atau suplemen terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan ubat. Apakah yang sesuai untuk memandangkan saya juga sedang mengambil glukosamin untuk osteoartritis pada lutut?
    JAWAPAN
    Makanan seimbang yang disertai dengan aktiviti fizikal merupakan aspek yang harus diutamakan dalam usaha menangani kebanyakan penyakit masyarakat masa kini. Mungkin sesetengah dari kita sudah jemu mendengar cadangan ini, namun percayalah ia masih relevan dan terbukti berkesan hingga kini.
    Kebanyakan daripada kita boleh melihat perubahan yang positif selepas sebulan berpuasa, terutamanya penurunan berat badan atau perut yang lebih kempis. Namun, ramai juga yang akan mengeluh apabila keadaan akan kembali kepada asal selepas sebulan hari raya. Begitu juga dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan kolesterol.
    Makan secara berlebihan dan tidak terkawal terutamanya dalam sebulan selepas hari raya dengan undangan rumah terbuka yang kebanyakannya menyajikan hidangan lazat yang sukar untuk ditolak. Makanan seperti kek, pelbagai biskut, kuih-muih yang seringkali menjadi hidangan wajib banyak mengandungi lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak yang tidak sihat. Tidak terkecuali hidangan lain seperti rendang ayam, daging, sate yang rata-ratanya mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh yang demikian, hadkan pengambilannya dan makanlah secara sederhana.
    Sementara mengawal pengambilan makanan adalah penting, mengambil suplemen untuk mengawal kolesterol mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan. Red Yeast Rice yang mengandungi sejenis statin semula jadi hasil dari penapaian beras dan yis merah merupakan antara hasil penyelidikan yang bermanfaat dan seringkali disyorkan untuk pengawalan kolesterol.
    Red yeast rice yang mengandungi monacolins merencatkan penghasilan kolesterol yang menyamai ubat statin dan dengan itu membantu mengurangkan paras kolesterol tubuh. Ia merupakan cara alternatif untuk menangani peningkatan paras kolesterol bagi mereka yang tidak mengambil ubat anti kolesterol.
    Kita dinasihatkan agar menjauhi pengambilan lemak berbahaya, sebaliknya pengambilan lemak baik seperti asid lemak omega-3 akan memberi manfaat kesihatan. Asid lemak omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan tubuh, maka memperolehinya daripada makanan adalah perlu. Bagi masalah kolesterol, pengambilan asid lemak omega-3 seharusnya diambil sebagai suplemen harian kerana ia didapati memberi kesan tambahan dalam usaha mengawal peningkatan kolesterol. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Red yeast rice dan asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai boleh bantu mengawal peningkatan kolesterol setara dengan pengambilan ubat anti kolesterol.
    Asid lemak omega-3 daripada ikan atau suplemen minyak ikan boleh membantu mencegah masalah jantung di kalangan individu yang sihat dan juga bermanfaat kepada mereka yang sudah ada penyakit jantung. Asid Eikosapentaenoik (EPA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) yang terkandung dalam minyak ikan dari kumpulan omega-3 dibuktikan bermanfaat kepada jantung dengan menstabilkan plak pada arteri dan tekanan darah.
    Amalan pengambilan minyak ikan juga diketahui mengurangkan risiko aterosklerosis; iaitu pembekuan arteri akibat pemendapan lemak, serangan jantung dan kegagalan jantung. Sumber omega-3 yang baik termasuklah salmon, sardin, trout, herring dan beberapa lagi. Bagaimanapun, ramai yang mempertimbangkan pengambilan suplemen minyak ikan untuk memperolehi jumlah yang mencukupi untuk perlindungan jantung yang optimum.

    Sumber
    Arkib
    Sumber Utusan Malaysia 2011

    Pesakit AF kembali aktif


    Jamaludin Kamarudin (tengah) ditemani Maimun (kanan) dan Johana (Kiri) ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.


    KEHIDUPAN pesakit Atrial Fibrillation (AF) atau pemfibrilan atrium sebenarnya lebih mencabar daripada pesakit jantung yang lain.
    Selain berhadapan dengan rutin rawatan yang rumit, mereka juga melalui proses diet yang ketat.
    Demi kesihatan mereka sanggup melakukannya dengan pemantauan doktor yang lebih kerap.
    Lebih membimbangkan pesakit, mereka akan menjadi beban kepada keluarga.
    Bercerita pengalaman saat perit berhadapan dengan AF, Jamaludin Kamarudin, 58, mula diserang penyakit itu pada 2003.
    “Ketika itu saya di rumah dan tiba-tiba saya mula berpeluh. Kemudian, saya tidak boleh bergerak. Isteri saya, Maimun Majin yang ditemani anak kami, Johana Intan Suria bergegas membawa saya ke hospital. Saya koma selama empat hari.
    Selepas sedar daripada koma, saya telah didiagnosis dengan AF.
    Saya sebenarnya mempunyai sejarah penyakit lain, sudah biasa mengambil ubat dan bersedia menjalani rawatan,” ujarnya.
    Di sebalik ketenangan Jamaludin, Johana mengakui sangat risau melihat keadaan bapanya yang koma.
    “Saya bimbang dia telah mati. Kini saya belajar untuk menghargai masa dengan bapa,” ujar Johana.
    Dalam pada itu, pesara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri itu mengekalkan gaya hidup sihat walaupun mengakui agak sukar meneruskan rawatan di hospital.
    “Saya berjalan lebih kurang lima kilometer sehari. falsafah saya sangat mudah, saya hanya membawa tablet ubat dua kali sehari dan sekiranya saya tidak mengambil ubat, saya akan mati,” kata Jamaludin sambil tersenyum.
    Perubahan
    Kehidupan Jamaludin kini semakin ceria apabila dia mula menggantikan ubat AF yang lama kepada ubat yang ditadbir di bawah kajian RE-LY.
    Dia tidak perlu lagi mengawal pemakanan seperti dahulu dan terikat dengan rawatan hospital.
    Pada usia emas ini, Jamaludin yang menetap di Seremban, negeri Sembilan dapat bergerak bebas tanpa perlu rasa takut.
    Melalui pengalaman yang hampir sama, Quek Swan Leng, 71, yang sebelum ini bekerja dalam industri pembinaan menghidap AF lebih daripada 18 tahun. .
    Dengan rawatan konvensional, anak perempuannya, Bey Leei, 37, berkata tiada banyak perubahan yang dialami bapanya selama ini.
    “Bapa saya meneruskan rawatan ubat, menjauhi sayur-sayuran seperti brokoli. Di samping itu, bapa saya tidak boleh mengambil makanan tambahan atau herba tradisional seperti ginseng tertentu. Cuma selama ini kami bimbangkan rawatan AF yang lama mungkin menyebabkan darah beku atau strok. Namun masalah ini seolah-olah telah diselesaikan dengan mengambil ubat yang ditadbir di bawah kajian RE-LY,” ujar Bey Leei.
    Walaupun lega, Quek mengakui dia akan mengambil ubat seumur hidup.
    Adakah anda berisiko?
    Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Dr. Razali Omar menjelaskan, AF adalah keadaan membabitkan bahagian atrium jantung tidak berdenyut seperti biasa sebaliknya bergetar dengan laju.
    Keadaan itu disebabkan wujudnya aktiviti elektrikal yang tidak terkawal di atrium kiri jantung.
    “Kehadiran impuls elektrik yang luar biasa mengganggu pusat isyarat elektrik iaitu sinoatrial node (SAN) yang berfungsi mengawal kadar denyutan jantung.
    “Ia menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil,” ujarnya.
    Jelas Dr. Razali, apabila gangguan itu berlaku, proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas.
    Gara-gara tidak dipam kaluar secara berkesan dari jantung seperti kebiasaannya, darah mula bertakung di atrium, terutamanya di ruang kosong yang dipanggil apendaj atrium kiri (LAA).
    “Takungan darah akan bergumpal membentuk ketulan darah beku.
    Darah beku ini sangat mudah tertanggal dan dibawa aliran darah melalui arteri ke bahagian otak lalu menyebabkan serangan strok,” katanya.
    Menurut Dr. Razali , antara simptom-simptom AF ialah rasa berdebar-debar, kadar denyutan nadi tidak konsisten, pitam, kesukaran bernafas dan kelesuan.
    “Individu yang mengalami AF biasanya akan dirujuk kepada pakar kardiologi. Kaedah rawatan bergantung kepada jenis AF, tahap keseriusannya dan tahap kesihatan pesakit,” katanya.

    Sumber
    RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
    adawiyah.koh@utusan.com.my
    Foto RIDUAN RIZAL

    Keistimewaan urutan saraf


    GADAFI menunjukkan cara rawatan urat. Manakala Saiful nampak tenang dan lega.


    MOHD. Saiful Azhar sering mengalami kembung perut dan berangin. Mungkin tekanan kerja menyebabkan dia sering letih dan tiada masa berehat. Ini menyebabkan badannya letih dan sentiasa berangin.
    Menerusi seorang rakan, Saiful mengenali pemilik Darul Irsyad , Gadafi Mohd Zuki.
    Sebelum mendapatkan rawatan, Saiful bertanya pada Gadafi tentang perbezaan rawatan tradisional dan saraf.
    “Urutan saraf menggunakan titik saraf manakala urutan tradisional lebih kepada daging tubuh badan kita. Sebaiknya anda melakukan refleksiologi terlebih dahulu supaya saya dapat memeriksa apa sebenar punca penyakit anda,” terang Gadafi.
    Selepas melakukan urutan kaki, Gadafi mendapati perut Saiful berangin dan dia boleh membantu mengurangkan rasa sakit dengan urutan saraf pada perut.
    Tanpa mengambil masa yang lama, Saiful bersetuju. Dia mendapati ada kesan positif.
    Berminat dengan urutan saraf, Saiful mengambil keputusan belajar di Darul Irsyad.
    Selepas beberapa kali menghadiri kelas, Saiful mendapati dia boleh mencari titik saraf dan melakukan rawatan sendiri.
    Sekarang dia lebih bertenaga dan segar walaupun bebanan kerja di pejabat masih sama seperti dahulu.
    Melegakan kesakitan
    Menurut Gadafi, selain berehat, proses urutan dikatakan sedikit sebanyak dapat melegakan kesakitan dan sengal pada sendi.
    Tidak hairanlah urut refleksiologi, tradisional dan saraf semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat.
    “Urutan bermula dengan terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf.
    Melaluinya, ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan,” ujarnya.
    Lazimnya, apabila bercakap mengenai urutan saraf, banyak kelebihan tersembunyi yang orang ramai tak tahu.
    “Ada yang kata boleh menyembuhkankencing manis. Namun secara umum, ia membantu melancarkan darah dalam badan. Sesi bergantung kepada penyakit seseorang dan rawatan masalah pesakit,” katanya.
    Tambah Gadafi, urat-urat yang bengkak dan berlendir akan dipecahkan melalui urutan saraf. Misalnya, urutan kepala melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan sakit kepala.
    Dengan menggunakan minyak biasa, urutan saraf sesuai untuk wanita atau lelaki untuk membantu melancarkan darah seluruh badan.
    Bagi rawatan ini, Gadafi menjelaskan tiada pantang tetapi pesakit digalakkan minum air kosong.
    Dalam pada itu, Darul Irsyad turut mengadakan latihan atau kursus urutan saraf mengikut titik penyakit dalam badan.
    “Ramai yang menyalahgunakan urutan untuk menawarkan urutan batin. Justeru kursus yang kami sediakan dapat membantu orang ramai belajar tentang keistimewaan urutan saraf. Selain itu kami menawarkan kos rawatan RM 50 hingga RM 100 setiap sesi dan sesi rawatan bergantung kepada jenis penyakit,” jelas Gadafi yang boleh dihubungi di talian 013-3595036 atau layari melayari http://darulirsyadblog.spot.com.

    Sumber
    RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
    adawiyah.koh@utusan.com.my
    Foto NOOR AZLINA JAAFAR

    Scrub pencerah tubuh

    Selain kulit muka, tubuh juga boleh dicerahkan dengan menggunakan petua ini Insya ALLAH. 

    Goreng beras tanpa minyak kira-kira 10 minit. Kisarkan sehingga halus dan gunakan serbuk beras ini ketika mandi. Gosokkan pada keseluruhan tubuh sebelum menyabun. Amalkan 3 kali seminggu. Selain mencerahkan kulit tubuh anda kulit anda juga akan halus dan lembut.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Mencerahkan kulit muka

    Tak perlu bazirkan wang anda hanya untuk mencerahkan kulit muka anda. Cubalah petua warisan ini Isya ALLAH berkesan.

    1.Parutkan seketul ubi kayu dan tepekkan pada muka. Selepas kering bilas muka anda dengan air suam. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

    2.Campurkan parutan lobak merah, kuning telur dan perahkan sebiji limau nipis serta digaul hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan sehingga kering. Cuci dengan air yang bersih. Amalkan setiap pagi sekerap yang boleh.

    3.Campurkan tepung sagu dan sedikit air. Sapukan pada muka seperti bedak sejuk. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Menghindarkan parut di muka

    Kesan parut di muka !! Boleh ke hilang ? Cuba amalkan beberapa petua ini Insya ALLAH

    1.Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air dan sapukan pada bekas parut jerawat anda. Amalkan sekerap yang boleh.

    2.Kisarkan timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun tadi pada muka anda. Biarkan selama setengah jam sebelum mebilas muka anda dengan air suam. Amalkan selalu.

    3.Tumbuk sehelai daun sireh muda. Tepekkan pada muka terutamanya pada kesan atau parut. Setelah kering bilas muka anda dengan menggunakan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.

    4.Cuci bersih daun pegaga bersama akarnya sekali. Giling sehingga lumat. Campurkan bedak sejuk dan sedikit air. Lumurkan pada bahagian yang berparut di muka anda.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Mengelakkan muka sembab

    Muka sembab atau hilang seri boleh menaikkan kembali seri dengan petua ini Insya ALLAH

    1.Jemur sehingga kering 10 keping kulit buah rambai. Tumbuk sehingga lumat, kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan air. Sapukan setiap malam sebebalum tidur. Amalkan selalu.

    2.Campurkan sedikit asam jawa dengan tepung beras dan gaulkan hingga sebati. Pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas muka anda dengan air yang bersih. Lakukan sekerap yang boleh.

    3.Kisarkan sebiji putih telur, madu, minyak zaitun, sebiji limau nipis, bunga melur dan badam. Pupurkan pada muka dan biarkan kira-kira 10 minit sebelum di cuci. Amalkan selalu.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Hilangkan jeragat

    Jeragat di muka menjadikan muka tidak berseri terutamanya kepada wanita yang memelihara kecantikan pada paras wajah. Cuba amalkan petua ini .

    1.Cuci 3 sudu beras bersama mata kunyit. Tumbuk kedua-duanya sehingga menjadi serbuk. Kemudian bancuh dengan air limau nipis atau putih telur dan lumurkan pada kulit. Apabila kering cuci dengan air suam.

    2.Ambil putik jambu batu kemudian gosokkan di belakang lesung batu sehingga menjadi halus. Setelah itu sapukan ke kulit muka terutama pada kulit yang mengalami masalah. Amalkan selalu.
    Selamat Mencuba..

    Wan Dee Jay 2011

    Menghindari jerawat

    Petua ini baik untuk anda yang meningkat remaja yang masih belum di tumbuhi jerawat. Cuba jangan tak cuba.

    1.Tumbuk beberapa helai dauh sireh dan beras hingga lumat. Campurkan sedikit air sejuk dan sapukan ke muka sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

    2.Parut sengkuang kemudian tapis dan biarkan patinya mendap. Ambil patinya dan sapukan ke muka. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

    3.Giling beberapa helai daun jambu batu sehingga halus. Pakai bersama bedak sejuk. Amalkan selalu.

    4.Campurkan belerang dan air mawar atau jika tiada air mawar bolehlah digantikan dengan asam jawa.
     Kemudian gaulkan sehingga sebati dan sapukan di tempat yang di tumbuhi jerawat. Amalkan selalu.

    Selamat Mencuba..


    Wan Dee Jay 2011

    Tegangkan kulit muka

    Wajah yang berkedut menjadikan anda kelihatan tua sebelum usia, apa kata anda cuba petua ini ...Isya ALLAH.. lihatlah hasilnya nanti..

    Sediakan 10 liter air dan campurkan 500 gram daun teh dan 300 gram asam jawa. Rebus sehingga mendidih. Ambil sukatan airnya yang tinggal kira-kira 5 liter kemudian padamkan apinya. Selepas itu embunkan semalaman. Keesokan harinya sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka anda. Amalkan setiap hari dan lihatlah hasilnya nanti.

    Selamat mencuba..

    Wan Dee Jay 2011

    6 Petua menghilangkan pigmentasi / bintik hitam

    Kesan jerawat selalunya akan meninggalkan bekas atau titik hitam pada muka anda. Untuk menghilangkannya cubalah petua ini.

    1.Parut sebiji timun hingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung. Apabila sebati, sapukan pada seluruh muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap pagi dan Insya ALLAH hasilnya kesan hitam tersebut akan hilang dan kulit muka anda akan nampak berseri dan lembut.

    2.Rendam sehelai tisu ke dalam 2 biji putih telur. Tampalkan tisu pada tempat yang di tumbuhi bintik hitam. Setelah kering tanggalkan tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air yang bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
    3.Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka 2 kali seminggu.

    4.Belas limau nipis, perahkan airnya dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan pada bahagian berbintik hitam dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air. Amalkan petua ini 3 kali sehari.

    5.Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu.

    6.Gaulkan 1 sudu minyak zaitun dan sebiji telur. Sapukan ke muka selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Mengelakkan jerawat berbekas

    Petua menghilangkan kesan jerawat pada muka anda

    Bancuh tepung kanji bersama putih telur. Kemudian sapukan pada jerawat yang baru timbul pada muka. Jerawat akan hilang dan tidak akan meninggalkan kesan Insya ALLAH.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    Mengecutkan jerawat

    Jika anda mempunyai masalah jerawat batu, ini dia petuanya ..

    1.Tumbuk 10 helai daun sireh muda hingga lumat. Tampalkan ke muka yang telah dibersihkan dengan air suam supaya kulit muka menjadi lembut. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering. Kemudian cuci muka sehingga bersih dan lapkan muka perlahan-lahan.

    2.Asah kulit kayu manis sebesar ibu jari kelingking pada waktu malam sebelum tidur, kemudian campurkan sedikit madu. Jadikan sebagai masker dan cucilah pada pagi keesokan harinya. Lakukan 3 kali seminggu.

    Selamat mencuba...

    Wan Dee Jay 2011

    15 Petua hilangkan jerawat

    Selamat tinggal jerawat

    1.Rendam asam gelugor semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu, kemudian campurkan dengan air asam gelugor tadi. Sapukan pada muka anda. Biarkan beberapa minit. Amalkan 2 kali seminggu.

    2.Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapu (tepekkan)             di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

    3.Gilingkan beras dengan daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar ibu jari dan jemur sehingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.

    4.Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Amalkan seberapa kerap yang boleh.

    5.Gosok beberapa helai daun tanjung pada telapak tangan, kalau boelh sehingga lumat. Kemudian gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

    6.Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian sapu (tepekkan) ke muka setiap malam setelah kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.

    7.Belah 2 biji tomato, sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Keesokan harinya , basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

    8.Rebus secekak daun inai bersama 2 cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang.

    9.Picit jerawat dengan tangan yang bersih. Selepas itu sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu Insya ALLAH jerawat tidak akan tumbuh lagi.

    10.Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. Biarkan selama 2 hingga 3 minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.

    11.Ambil seberapa banyak kulit timun. Tumbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesam jerawat. Biarkan selama setengah jam sebelum dibersihkan dengan air suam. Amalkan setiap hari.

    12.Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titik pada jerawat secara melata pada muka. Titik sebelum tidur setiap malam.

    13.Campurkan susu, madu dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.

    14.Tumbuk sehingga lumat daun pegaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan setiap malam sehingga kesan jerawat hilang.

    15.Campurkan perahan air limau nipis dengan sedikit tepung beras. Gaulkan hingga sebatidan sapukan pada muka. Biarkan sekitar 5 hingga 10 minit dan bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu.

    Selamat mencuba ...

    Wan Dee Jay 2011

    Friday 2 September 2011

    Khasiat limau nipis

    Tahukah anda limau nipis mampu melembapkan kulit anda ? Berita baik kepada anda yang mempunya kulit yang kering dan bersisik di bahagian-bahagian seperti tangan, siku, lutut dan betis anda.
    Caranya juga amat mudah 

    Sediakan beberapa biji limau nipis yang telah dibelah dua untuk digosokkan ke seluruh tubuh anda.
    Mandi seperti biasa dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh anda.
    Sebelum menyabun tubuh anda gosokkan limau nipis tadi ke seluruh tubuh anda
    Ekstrak limau nipis tadi digosok pada bahagian kulit yang bermasalah seperti siku, tangan, kaki dan betis anda. 
    Kemudia bilas semula badan anda dengan air bersih dan anda boleh menyabunkan tubuh anda seperti biasa.

    Selamat mencuba.


    Wan Dee Jay 2011

    Minyak kelapa

    Tahukah anda mminyak kelapa boleh membantu mengatasi masalah kulit atau tapak kaki yang kering dan bersisik ?

    Berita baik kepada wanita yang pentingkan penjagaan kaki yang cantik.
    Seringkali kulit atau tumit kaki wanita dan lelaki sering bersisik dan pecah-pecah sekiranya mempunyai kulit yang kering. Bagi yang menggunakan losyen atau perubatan moden mungkin agak mahal dari segi kos maka, penggunaan minyak kelapa sebagai alternatif adalah amat berbaloi.
    Caranya amat mudah ...
    Sapukan setiap malam sebelum tidur di sekitar tumit dan kulit kaki anda yang kering. Biarkan minyak kelapa ini meresap di dalam kulit anda. Insyaallah kulit dan tumit anda akan halus dan licin semula.
    Selamat mencuba.


    Wan Dee Jay 2011

    Petua untuk darah tinggi

    Tahukah anda bahawa bawang putih mampu menjadi penawar darah tinggi ?
    Caranya mudah jer ...
    Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.
    Kisar atau tumbuk bawang putih tadi untuk dijadikan jus.
    Mungkin ada yang tak sanggup ,minum jus bawang putih ni ..sediakan segelas air suam.(tambahan)
    Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.
    Minum air tersebut 3 kali sehari.
    Sekiranya air campuran jus bawang putih tadi memualkan anda maka terus minum air suam tambahan tadi.
    Amalkan juga meminum jus bawang putih ini sekiranya anda merasakan anda di serang darah tinggi.
    Apapun ini hanyalah petua sahaja. berdoalah kepada MAHA PENCIPTA semoga anda sembuh.
    Selamat mencuba.

    Wan Dee Jay 2011

    Air teh kempiskan perut ?

    Air teh boleh kempiskan perut anda yang buncit ?
    Bagaimana ye !! caranya mudah jer ..
    Mula-mula bancuhlah segelas air teh TANPA gula.
    Kemudian perahkan SEBIJI limau nipis ke dalam air teh tersebut.
    Amalkan meminum air teh tersebut setiap hari.
    Selamat mencuba ..semoga perut anda kembali kempis.

    Wan Dee Jay 2011

    Thursday 1 September 2011

    Kebaikan asid folic

    Kepentingan asid folik di kehamilan trimester pertama


    Pengambilan asid folik semasa mengandung amat penting.Pil asid folic ini membantu anda dalam mengurangkan risiko  kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang.Pembentukan tiub nueral anak anda berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ini membentuk otak dan saraf tunjang.Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.

    kecacatan bayi kekurangan vitamin asid folik 

     

     

     

     

    Kecacatan bayi-Spina bifida

     
    Apabila saraf tunjang dan tulang belakang tidak tertutup,selaput dan cecair tulang belakang kelihatan keluar dari kulit belakang bayi.Kebanyakan spina bifida, sebahagian saraf tunjang dapat dilihat keluar dan rosak.
    Bayi spina bifida boleh hidup. Kecacatan yang dialami adalah sepanjang hayat sperti lumpuh anggota kaki, tiada kawalan keatas pundi kencing dan usus, kecacatan mental dan hidrosefali.

     

    Kecacatan janin-Anencepahly


    Otak dan tengkorak kepala tidak membentuk normal.Ini menyebabkan sebahagian otak dan tulang tengkorak tidak terbentuk.Kebanyakan bayi anencepahly mati dalam kandunagn atau selepas dilahirkan.

     

    Apa itu asid folik


    Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru.

     

    Sumber asid folic


    Sumber makanan kaya asid folic ialah sayuran hijau,kacang pea dan bijiran.Terdapat juga dipasaran roti yang diperkaya dengan asid folic.

     

    Bagaimana memilih asid folik


    Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5 miligram(5000 mikrogram).
    Doktor anda lazimnya menggalakkan pengambilan 5 miligram sehari.Pengambilan 400 mikrogram juga mencukupi untuk keperluaan seharian anda.
    Pil asid folik mudah larut dalam air.Jika anda mengambil pil asid folik berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing.
    Pil asid folik tidak memerlukan preskripsi doktor. Pil asid folik mudah didapati di farmasi-farmasi dan klinik-klinik.
    Pil ini agak meloyakan disebabkan ba unya yang agak kuat. Jika anda mempunyai masaalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalamn fasa tidur selepas mengambil pil asid folik ini..

     

    Asid folik dan kehamilan


    Asid folik atau folate atau asid pteroglutamate merupakan vitamin B9 yang amat penting. Vitamin B9 ini mengurangkan risiko kecacatan janin iaitu kecacatan tiub neural. Pil asid folik ini wajib diambil diawal kehamilan dan boleh diteruskan sehingga kelahiran bayi.Sumber-sumber semula-jadi asid folic ialah sayuran hijau, kacang pea dan bijiran.


    Sumber
    http://www.cybermedik.com

    Lemah tenaga batin

    5 Langkah-langkah mengatasi lemah tenaga batin

    masalah lemah tenaga batin 





    Mengatasi masalah impotensi atau lemah tenaga batin amat mencabar bagi anda dan pasangan anda. Jika seorang lelaki mengalami masalah impotensi atau lemah tenaga batin atau disfungsi ereksi, kejantanannya amat tercabar dan mungkin pasangan anda akan terasa diabaikan atau tidak disayangi
    Impotensi melibatkan pemasalahan kedua-dua pasangan.Anda dan pasangan wajib menguruskannya bersama-sama. Tanpa pemahaman kedua pihak mengenai kenapa terjadi disfungsin ereksi dan kesan-kesannya, anda tidak akan menyelesaikan masalah lemah tenaga batin.Kaedah paling berkesan utk mengatasi kesan-kesan disfungsi ereksi ialah berkomunikasi secara efektif dengan pasangan anda.

     

    Kaedah-kaedah mengatasi lemah tenaga batin yang disyorkan:


    Tahap 1

    Kenal pasti masalah disfungsi ereksi. Berbincang, memotivasikan pasangan anda, beri sokongan emosi dan fizikal

    Tahap 2

    Setelah kenal pasti masalah lemah tenaga batin, pelajari dengan membaca buku,majalah atau sumber internet yang dipercayai. Berikan masa untuk anda mempelajari kenapa, bagaimana dan apa rawatan lemah tenaga batin yang ada.Anda dan pasangan diwajibkan berkerjasama dalam perkara ini.

    Tahap 3

    Buat temu janji dengan doktor anda. Doktor anda akan membuat pemeriksaan fizikal asas dan adakalanya ujian-ujian darah tertentu.
    Rawatan impoten atau disfungsi ereksi berbeza-beza antara anda dan orang lain.Kemungkinan doktor anda akan gunakan kaedah yang berlainan atau ubat-ubatan berlainan semasa rawatan.

    Tahap 4

    Perasaan rendah diri, ketidaksempurnaan kejantaan anda, wajib anda atasi. Hindarkan perasaan ketidaksempurnaan ini. Oleh itu jika anda ingin memulakan hubungan seksual, pastikan anda didalam mood "ïntimate", selesa dan romantik.

    Tahap 5

    Tidak berjaya bukan semestinya anda gagal seterusnya.
    Biasanya rawatan asas permulaan, doktor anda mungkin mencadangkan ubat lemah tenaga batin seperti Viagra, Cialis atau Levitra. Anda wajib berterus-terang dengan doktor anda tentang kesan baik atau kesan sampingan ubat-ubatan ini.Dos yang dicadangkan oleh doktor anda mungkin berlainan.
    Jangan berputus-asa jika anda gagal buat kali pertama.Kejayaan memerlukan anda dan pasangan terus mencuba dengan nasihat doktor anda.Anggapkan proses rawatan lemah tenaga batin sebagai proses berterusan dan menceriakan serta melucukan. Akhirnya anda akan menemui kejayaan jua.
    Anda tidak tahu mempunyai masalah lemah tenaga batin, tentukan score anda di EHS

    Erection Hardness Score

    Apa itu The Erection Hardness Score(EHS)

    EHS mengukur kadar kekerasan ereksi.

    Ukuran yang digunakan ialah

    1- indicates that the penis is larger than normal, but not hard
    2- means the penis is hard, but not hard enough for penetration
    3- means the penis is hard enough for penetration but not completely hard
     4- indicates that the penis is completely hard and fully rigid

    ukuran ereksi

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Disfungsi ereksi

    Setelah meniliti ukuran EHS, dimanakah anda. Hubungi doktor anda untuk keharmonian rumahtangga anda.


    Sumber
    http://www.cybermedik.com

    Imunisasi kanak-kanak satu kewajipan

    Manfaat imunisasi


    Vaksinasi diberi untuk memperoleh kekebalan terhadap penyakit tertentu. Vaksinasi lebih dikenali sebagai imunisasi.

     

    Vaksin di klinik-klinik kerajaan atau swasta.


    Penyakit-penyakit yang mempunyai vaksin ialah hepatitis A dan hepatitis B, difteria, pertusis, tetanus, campak, meningococcal , selesema(flu), polio, rubella , varicella, tuberkulosis dan H1N1.

     

    Vaksinasi bayi


    Apabila bayi lahir imunisasi hepatitis b dan vaksinasi BCG .
    Jadual imunisasi kanak-kanak

     

    Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia



    VAKSIN
    UMUR(BULAN)
    UMUR(TAHUN)
    Ketika Lahir 1 2 3 4 5 6 12 18 7 12 15
    BCG (Tibi) x







    tiada parut

    Hep (Hepatitis B) x
    x x
    x





    DTP (Difteria, tetanus, pertussis)

    x x
    x

    x


    Hib (Haemophilus influenza type B)

    x x
    x





    OPV (Polio)

    x x
    x

    x x

    MMR (Measles, mumps, rubella)






    x
    x

    Measles (Campak)





    x




    DT (Difteria)








    x

    T (Tetanus)










    x

     

    Imunisasi dewasa atau pilihan


    Anda boleh memperoleh imunisasi di klinik-klinik swasta.
    Perkhidmatan vaksinasi yang disediakan ialah:
    1. Vaksinasi hepatitis A
    2. Vaksinasi hepatitis B
    3. Vaksinasi Influenza
    4. Vaksinasi Meningococcal
    5. Vaksinasi H1NI


    Sumber
    http://www.cybermedik.com